Wednesday, October 26, 2016

ALLAH MELAPANGKAN DAN MENYEMPITKAN

خَيْرُ مَا تَطْلُبُهُ مِنْهُ مَا هُوَ طَالِبُهُ مِنْكَ
Sebaik-baik yang patut engkau minta dari Allah, ialah apa-apa yang Allah menyuruh kamu. 
Mutiara Jiwa

بَسَطَكَ كَيْ لاَ يُبْقِيْكَ مَعَ القَبْضِ وَقَبَضَك كَيْ لاَ يَتْرُكَكَ مَعَ البَسْطِ وَأَخْرَجَكَ عَنْهُمَا كَيْ لاَ تَكُونَ لِشَيْئٍ دُونَه
Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha agung

Tuesday, October 25, 2016

BERDOALAH MINTALAH APA SAJA DARI YANG MAHA PEMURAH

Mutiara Jiwa

لاَ يَكُنْ تَأَخُّرُ أَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الإِلْحَاحِ فِي الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأْسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لَكَ الإِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لاَ فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِي يُرِيْدُ لاَ فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ

Janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukannya bukan pada waktu yang engkau tentukan.

(Dipetik Dari Kitab al-Hikam Oleh Ibn 'Ataillah)
Raihaniah Zakaria & Ahmad Sabri Osman (2016) Buku Kekayaan Spiritual h. 36.

مَتىَ أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيْكَ

Apabila Allah telah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah akan memberi kepadamu

Raihaniah Zakaria & Ahmad Sabri Osman (2016) Buku Kekayaan Spiritual h. 35.

Monday, October 24, 2016

UBAT BAGI HATI

WAHAI ALLAH SEMUA KEINDAHAN DAN KEKAYAAN ADALAH  MILIK MU, IZINKAN AKU MENIKMATINYA....TANPA HENTI..TANPA HABIS..HINGGA KEHUJUNG NYAWA:

NAARDEN-NETHERLAND 27-28 JULAI:

لَيْسَ الغِنَى عَنْ كَثْرَةِ العَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى
النَّفْسِ

Bukanlah kekayaan itu dengan sebab banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa

Mutiara Jiwa
اوصى الله تعالى موسى بن عمران ( عليه السلام) قال:  يا موسى ستة أشياء فى ستة مواضع, والناس يطلبونها  فى ستة  أشياء فلم يجدوها أبدا:
-        إنى وضعت الراحة فى الجنة والناس يطلبونها فى الدنيا.
-        وإنى وضعت العلم فى الجوع والناس يطلبونه فى الشبع.
-        وإنى وضعت العز فى قيام الليل والناس يطلبونه على أبواب السلاطين
-        وإنى وضعت الرفعة والدرجة فى التواضع والناس  يطلبونها فى التكبر
-        وأنى وضعت اجابة الدعاء فى لقمة الحلال والناس  يطلبونها فى القيل والقال
-         وإنى وضعت الغنى فى القناعة والناس يطلبونه فى كثرة  العروض ولم يجدوه أبدا

Allah SW.T  mewasiatkan kepada Musa Ibn Imran A.S:
Wahai Musa Aku meletakkan enam perkara dapat dicapai melalui enam perkara yang telah Aku tentukan tempatnya. Namun manusia mencarinya di tempat yang bukan pada tempat yang telah Aku tentukan oleh itu mereka selamanya tidak akan berjumpa:
-           Aku meletakkan kerehatan yang sebenar adalah di syurga tetapi manusia mencarinya di dunia.
-           Aku meletakkan ilmu itu dapat dicapai dengan berlapar tetapi manusia mencarinya dalam kekenyangan.
-           Aku meletakkan kehebatan dapat dicapai melalui ibadat pada malam hari tetapi manusia mencarinya di pintu para raja
-           Aku meletakkan kemuliaan dan ketinggian dapat dicapai dengan sifat tawadhu'  tetapi manusia mencarinya dengan sifat sombong
-           Aku meletakkan pemakbulan doa pada suapan makanan yang halal manusia mencarinya dengan berkata begitu begini.

-           Aku meletakkan kekayaan dapat dicapai dengan bersikap qanaah tetapi manusia mencarinya dengan mengumpulkan harta benda, oleh itu mereka selamanya tidak mencapai apa yang dihajatkan.

BIODATA PENGARANG

Iklan buku kekayaan Spiritual di Mudah.my..Click link dibawah

BUKU KEKAYAAN SPIRITUAL

Dr. Raihaniah Zakaria dilahirkan pada tahun 1968 di Negeri Kelantan. Beliau adalah pensyarah dan Ketua Jabatan di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi profesionalisme Keguruan IPG Perlis. Mendapat pendidikan awal di sekolah agama rakyat al-Khairiah di Pasir Mas seterusnya di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Beliau menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda dan sarjana di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau seterusnya menyambung pengajian Universiti Sains Malaysia dan mendapat  Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin pada tahun 2014. Mula memberi khidmat sosial dan kemasyarakatan melalui bidang ilmu dan pendidikan di Negeri Perlis semenjak tahun 1995 di SMK Syed Sirajuddin Jejawi Perlis. Beliau telah memberi sumbangan yang cemerlang melalui ceramah motivasi di Jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah di Negeri Perlis, penulisan buku dan jurnal, pembentangan kertas kerja di persidangan dalam dan luar negara.

Dr. Ahmad Sabri Osman Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1968. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sungai Tong, Setiu, Terengganu manakala pendidikan menengah di Sek. Men. Ugama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu. Menyambung pengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu (sekarang dikenali sebagai UniSZA dan mendapat Diploma Pengajian Islam (Usuluddin, 1989). Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (1993) dan Sarjana Usuluddin (2003). Ijazah Kedoktoran pula di perolehi di Universiti Sains Malaysia (USM, 2015) dengan pengkhususan dalam bidang Pemikiran Islam. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Koordinator Pembangunan Akademik di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau.  Antara karya yang pernah diterbitkan ialah Islam dan Pengurusan Sukan: Suatu Pengenalan (2006), Kekayaan Spiritual (2009) dan Asas-asas Pandangan Hidup Islam (2014 dan 2016).

PEMBELIAN BUKU

Dapatkan sumber-sumber kekayaan spiritual anda:

Semenanjung: RM 30 termasuk postage
Sabah dan Serawak RM 33 termasuk postage

hubungi:
0193135079 (UMI)
Emel:
raihaniah@gmail.com
FB